DASAR PRIVASI DATA DALAM TALIAN FUJIFILM

Click here for English

PENYATA PRIVASI DATA

FUJIFILM Asia Pacific Pte. Ltd. dan anak-anak syarikatnya di Rantau Asia Pasifik (“Syarikat”, “Kami”) komited untuk melindungi privasi data, ketelusan dan pilihan orang-orang individu yang mengunjungi tapak web ini (“Anda”).

Jika Anda bermastautin di Malaysia, pengawal Data Peribadi Anda, seperti yang ditakrifkan di dalam ini, ialah FUJIFILM (Malaysia) Sdn. Bhd., dengan tempat perniagaan utama di 22, Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.

DENGAN MENGGUNAKAN TAPAK WEB INI, ANDA MEMBERIKAN PERSETUJUAN KEPADA KAMI UNTUK MENGUMPULKAN DAN MENGGUNAKAN DATA PERIBADI YANG DITETAPKAN DALAM DASAR PRIVASI INI.

Menurut Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, Dasar Privasi Data ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, ketidakseragaman atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, istilah versi Bahasa Inggeris akan berkuat kuasa.

 

1. TUJUAN & SKOP PENGGUNAAN

    1. 1.1 Definisi & Tujuan

        1. (a) Kecuali seperti yang dinyatakan selainnya di dalam ini, istilah berikut mempunyai maksud yang dinyatakan di bawah untuk semua tujuan bagi dasar privasi data dalam talian (“Dasar Privasi”):
          1. i. “Akta” : Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 seperti yang dipinda dari masa ke masa dan versi berkenaan yang berkuat kuasa pada masa penggunaan Dasar Privasi ini termasuk perundangan subsidiari, piawaian dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia.
          2. ii. “Data Peribadi”: Data yang berhubung secara langsung atau tidak langsung kepada individu yang boleh dikenal pasti daripada data tersebut, atau daripada data tersebut dengan kombinasi maklumat lain yang mana Syarikat mempunyai akses terhadapnya, termasuk sebarang data peribadi sensitif seperti yang ditakrifkan dalam Akta dan maksud selainnya yang ditakrifkan dalam Akta;
          3. iii. “Proses”: Menjalankan sebarang operasi atau set operasi berhubung dengan Data Peribadi termasuk, rakaman; pegangan; pengaturan; adaptasi atau pindaan; pemerolehan semula; penggabungan; transmisi, pemadaman; atau pemusnahan, dan termasuk maksudnya selain daripada yang ditakrifkan dalam Akta; dan
          4. iv. “Tapak Web”: Tapak Web yang diuruskan dan dikendalikan oleh Syarikat dan yang bermula dengan URL http://www.fujifilm.com.

      1. (b) Dasar Privasi ini menerangkan cara di mana Syarikat menguruskan dan memproses Data Peribadi dan hak dan tanggungjawab Anda berhubung dengan Data Peribadi yang dikumpulkan di Tapak Web kami (“Data Peribadi Anda”).

 

    1. 1.2 Skop Penggunaan

      Dasar Privasi hanya diguna pakai terhadap Data Peribadi Anda dan tidak diguna pakai terhadap Data Peribadi yang dikumpulkan menerusi tapak web individu selain daripada tapak web termasuk ciri dan widget media sosial (sama ada dihos oleh pihak ketiga atau dihos secara langsung di Tapak Web kami). Pengurusan Data Peribadi tersebut akan ditadbir mengikut terma yang berkenaan bagi dasar-dasar yang diguna pakai oleh organisasi yang menyediakan tapak web masing-masing.

2. PENGURUSAN & PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA

    1. 2.1 Tujuan Penggunaan Data Peribadi Anda

        1. (a) Tujuan penggunaan Data Peribadi yang diberikan hendaklah dinyatakan dengan jelas di tapak masing-masing yang telah dicipta untuk menerima Data Peribadi Anda, melainkan tujuan penggunaannya adalah ketara kepada Anda.
        2. (b) Pada amnya, Kami hanya akan memproses Data Peribadi Anda untuk tujuan yang dinyatakan dengan jelas kepada Anda terlebih dahulu dan menurut Dasar Privasi ini. Bagaimanapun, Kami berhak untuk melakukan Pemprosesan Tambahan setakat yang dibenarkan atau diperlukan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan, atau sebagai sokongan kepada mana-mana penyiasatan undang-undang atau jenayah.

 

    1. 2.2 Pengumpulan Data Peribadi Anda

        1. (a) Pada prinsipnya, Anda boleh melihat Tapak Web tanpa mendedahkan Data Peribadi Anda. Bagaimanapun, beberapa perkhidmatan Kami (seperti pengedaran berita, pendaftaran pengguna dan penghantaran e-mel atau pertanyaan kepada Syarikat) memerlukan Anda memberikan Data Peribadi Anda kepada Kami;
        2. (b) Tapak Web Kami boleh mengumpulkan maklumat seperti kandungan yang telah Anda lihat di dalam Tapak Web, tapak web lain yang telah Anda kunjungi melalui Tapak Web ini, dan data agregat lain untuk tindakan yang diambil di Tapak Web Kami yang tidak mengenal pasti Anda secara khusus. Dalam proses mengumpulkan maklumat tersebut, yang tujuannya adalah untuk menjadikan Tapak Web kami lebih mudah digunakan, maklumat tersebut tidak akan dikumpulkan dengan cara di mana Anda mungkin dikenal pasti dan Anda juga tidak akan dikenal pasti dalam proses analisis maklumat.

 

    1. 2.3 Tidak Mendedahkan Data Peribadi Anda

        1. (a) Syarikat tidak akan mendedahkan atau membekalkan, berkongsi atau mengedarkan dengan cara lain Data Peribadi Anda kepada pihak ketiga kecuali apabila:
          1. i. persetujuan anda diberikan terlebih dahulu atau dianggap diberikan menurut Akta;
          2. ii. perlu untuk membolehkan sekutu Syarikat di seluruh dunia untuk menjalankan operasi;
          3. iii. Syarikat menentukan bahawa berasaskan pertanyaan Anda berhubung dengan produk/perkhidmatan Kami, adalah wajar bagi sekutu Syarikat yang menyediakan produk/perkhidmatan Syarikat di seluruh dunia untuk menjawab pertanyaan pelanggan;
          4. iv. Anda memesan produk atau menggunakan perkhidmatan lain yang memerlukan yuran. Nama, alamat, nombor kad kredit, dan maklumat lain Anda didedahkan kepada institusi kewangan atau pihak lain untuk penjelasan pembayaran;
          5. v. Perniagaan kami diserah hak atau dipindahkan sama ada melalui penguatkuasaan undang-undang atau selainnya, termasuk penggabungan, penyatuan dan pembubaran atau pemindahan operasi;
          6. vi. Pendedahan Data Peribadi Anda diperlukan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan, atau pendedahan tersebut perlu untuk menyokong sebarang penyiasatan jenayah atau undang-undang atau prosiding yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang berkenaan; atau
          7. vii. Terdapat keperluan segera untuk melindungi nyawa manusia atau hak asasi manusia.

      1. (b) Kami akan mendedahkan Data Peribadi Anda untuk kes tersenarai di atas sahaja, kepada pihak ketiga yang telah membuat persetujuan dengan kami:
        1. i. untuk menggunakan Data Peribadi Anda hanya untuk tujuan yang dipersetujui terlebih dahulu;
        2. ii. untuk tidak menjual Data Peribadi Anda kepada mana-mana pihak ketiga lain; dan
        3. iii. tidak mendedahkan Data Peribadi Anda kepada mana-mana pihak ketiga lain kecuali jika diperlukan di bawah undang-undang.

 

    1. 2.4 Penyimpanan Data Peribadi Anda

      Syarikat akan menyimpan Data Peribadi Anda menurut Akta. Kami akan berhenti menyimpan Data Peribadi Anda atau mengenepikan cara di mana sebarang maklumat dikaitkan dengan Data Peribadi anda, sebaik selepas penyimpanan ini tidak lagi memenuhi tujuan data dikumpulkan, dan tidak lagi diperlukan untuk tujuan undang-undang atau perniagaan.

 

    1. 2.5 Pemindahan Data Rentas Sempadan

      Kami adalah sebuah kumpulan syarikat global dan mempunyai pangkalan data di negara-negara berbeza, antaranya dikendalikan oleh sekutu kami atau pihak ketiga bagi pihak mereka. Kami mungkin memindahkan Data Peribadi Anda ke satu daripada pangkalan data Syarikat di luar negara mastautin Anda. Kami akan memastikan bahawa semua pemindahan data rentas sempadan mematuhi Dasar Privasi ini dan juga undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Jika Data Peribadi anda dipindahkan ke negara-negara yang mungkin tidak memerlukan tahap perlindungan mencukupi bagi Data Peribadi Anda berbanding tahap yang disediakan di bawah Akta, kami akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan tahap perlindungan data yang berkesan.

 

    1. 2.6 Langkah Keselamatan

      Data Peribadi anda yang disediakan hendaklah diuruskan dengan cara yang sewajarnya di bawah tanggungjawab setiap bahagian Syarikat yang menerima Data Peribadi tersebut. Kami menggunakan rangkaian data yang dilindungi oleh tembok keselamatan dan perlindungan kata laluan piawaian industri dan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kehilangan,salah guna, akses tanpa izin, pendedahan, pindaan atau kemusnahan.

3. HAK ANDA UNTUK MENGAKSES, MEMBETULKAN, MEMADAM & MENARIK BALIK PERSETUJUAN

    1. 3.1 Mengakses, Mengemas Kini atau Membetulkan Data Peribadi Anda

        1. (a) Anda boleh meminta untuk mengakses, mengemas kini, membetulkan atau memadam Data Peribadi Anda (atau mana-mana bahagian daripadanya) atau menarik balik Persetujuan Anda atau membantah pengurusan dan Pemprosesan Data Peribadi Anda. Dalam kes pemasaran langsung elektronik, Kami akan menyediakan cara untuk Anda memilih untuk tidak menerima bahan pemasaran selanjutnya atau cara untuk Anda memilih untuk menerimanya jika diperlukan di bawah undang-undang yang berkenaan.
        2. (b) Jika anda mahu melaksanakan hak Anda yang dinyatakan di atas atau mempunyai apa-apa soalan atau kemusykilan berhubung dengan Data Peribadi Anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data Syarikat di fmal.dpo@fujifilm.com. dengan maklumat berikut:
          1. i. Salinan pengenalan Anda yang sewajarnya;
          2. ii. Nama Tapak Web di mana Anda telah menyediakan Data Peribadi; dan
          3. iii. Maklumat khas berkaitan Data Peribadi yang ingin anda akses, atau minta untuk dikemas kini, dibetulkan atau dipotong.

 

  1. 3.2 Pengecualian dan Larangan

    Permintaan Anda yang dibuat di bawah Seksyen 3.1 di dalam ini adalah tertakluk kepada pengecualian dan larangan berkanun yang dinyatakan menurut Akta dan/atau sebarang undang-undang dan peraturan lain.

4. PENGGUNAAN KUKI & TAG INTERNET

    1. 4.1 Kuki

      1. (a) Kuki ialah mekanisme untuk menyimpan maklumat, termasuk rakaman kegiatan pelayaran pengguna, untuk mempermudah penggunaan tapak web yang lebih menyenangkan. Syarikat menggunakan “kuki sesi” untuk tujuan perlindungan privasi. Untuk maklumat lanjut mengenai kuki, sila layari http://www.allaboutcookies.org.
      2. (b) Tapak Web ini boleh menggunakan kuki untuk tujuan berikut sambil memastikan identiti pengguna tidak didedahkan.
        1. i. Untuk menyediakan fungsi “Save Password” (Simpan Kata Laluan) bagi tapak web khas untuk ahli sahaja, apabila pelanggan dan/atau pengunjung memasukkan ID dan kata laluan untuk melihat kandungan;
        2. ii. Untuk menganalisis akses pelanggan dan pengunjung kepada Tapak Web bagi menambah baik operasi atau mengenal pasti punca masalah di Tapak Web;
        3. iii. Untuk memaparkan iklan paling sesuai di tapak pihak ketiga berasaskan minat pelanggan atau penggunaan Tapak Web yang terdahulu;
        4. iv. Untuk menambah baik perkhidmatan; atau
        5. v. Untuk meminta pelanggan dan/atau pengunjung memasukkan semula kata laluan untuk tujuan keselamatan selepas tempoh masa tertentu berlalu.
      3. (c) Syarikat boleh menyimpan dan merujuk kepada kuki menerusi pihak ketiga yang dilantik Syarikat menerusi khidmat persumberan luar untuk menyampaikan iklan.
      4. (d) Dengan menukar penetapan pada pelayar Internet, Anda boleh menyahaktifkan kuki atau membuat penetapan supaya amaran akan muncul pada skrin komputer sebelum kuki dikeluarkan. Bagaimanapun, sesetengah perkhidmatan yang disediakan menerusi Tapak Web mungkin tidak boleh digunakan jika kuki dinyahaktifkan.

 

    1. 4.2 Tag Internet & Rakan Web Pihak Ketiga

      Syarikat boleh menggunakan tag Internet seperti Suar Web (juga dikenali sebagai Format Pertukaran Grafik (GIF) nyata atau tag piksel dan boleh menggunakan tag ini menerusi rakan pengiklanan pihak ketiga atau rakan perkhidmatan analisis Web (secara kolektif “Rakan Web Pihak Ketiga”) yang terletak di luar Malaysia dan mereka boleh menyimpan maklumat yang berkenaan di luar Malaysia. Rakan Web Pihak Ketiga boleh mengumpulkan Data Peribadi Anda disebabkan tag Internet dan kuki ini dan boleh menyediakan kepada kami laporan yang meringkaskan aktiviti anda di Tapak Web. Kami menggunakan tag Internet untuk mengkaji tindak balas Anda kepada Tapak Web.

5. PENGGUNAAN DNT & CIRI DAN WIDGET MEDIA SOSIAL

    1. 5.1 “Do-Not-Track” (Jangan Jejak)

      Anda boleh mencegah penjejakan aktiviti dalam talian Anda dengan penetapan “Do-Not-Track” (“DNT”) atau Jangan Jejak dalam pelayar Anda yang memberitahu tapak web yang Anda kunjungi bahawa Anda tidak mahu mereka mengumpulkan maklumat tertentu tentang Anda. Bagaimanapun, Tapak Web kami mungkin tidak mengiktiraf atau mengambil tindakan sebagai tindak balas kepada isyarat DNT dari pelayar Web. Untuk maklumat terperinci lanjut tentang DNT, sila layari https://allaboutdnt.com.

 

    1. 5.2 Ciri dan Widget Media Sosial

      Tapak Web kami termasuk ciri-ciri media sosial, seperti butang “Like” Facebook, dan peranti seperti butang “Share This” atau program mini interaktif yang dikendalikan di Tapak Web. Ciri-ciri ini boleh dikenal pasti menerusi jenama pihak ketiganya dan boleh mengumpulkan alamat IP anda, halaman yang Anda kunjungi di Tapak Web dan memasang kuki untuk membolehkan ciri tersebut. Ciri dan Widget media sosial dihos oleh pihak ketiga atau dihos secara langsung di Tapak Web kami. Interaksi anda dengan ciri-ciri tersebut ditadbir mengikut dasar privasi organisasi khusus yang menyediakan ciri-ciri tersebut.

6. GOOGLE ANALYTICS

Syarikat menggunakan perkhidmatan Google Analytics yang ditawarkan oleh Google Inc. untuk tujuan menilai penggunaan Tapak Web, mengoptimumkan lalu lintas kepada dan antara Tapak Web atau menyepadukan Tapak Web di mana sesuai. Maklumat yang dihasilkan oleh kuki tentang penggunaan Tapak Web anda, termasuk alamat IP anda, akan dijadikan tidak boleh dikenal pasti dan dihantar ke pelayan Google. Untuk maklumat lanjut tentang IP tidak boleh dikenal pasti, sila rujuk https://support.google.com/analytics/answer/2763052.

7. PAUTAN PIHAK KETIGA DI TAPAK WEB KAMI

Dasar Privasi ini tidak diguna pakai terhadap laman web lain yang dimiliki oleh pihak ketiga yang pautan kepadanya kami sediakan (seperti pautan kepada Google Analytics dalam Seksyen 6 di atas). Syarikat tidak boleh menjamin piawaian privasi pautan pihak ketiga di Tapak Web kami atau bertanggungjawab terhadap kandungan tapak web pihak ketiga yang dipaut di Tapak Web kami.

8. DATA PERIBADI DARIPADA ORANG DI BAWAH UMUR

Syarikat tidak akan dengan sengaja mengumpulkan, menggunakan atau mendedahkan sebarang Data Peribadi daripada orang di bawah umur yang berusia di bawah 18 tahun. Sebarang Data Peribadi yang diberikan oleh orang di bawah umur mesti dikemukakan dengan persetujuan bertulis daripada orang yang bertanggungjawab menjaganya seperti ibu bapa atau penjaga menerusi hubungan langsung di luar talian.

9. PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI INI

Anda memperakui bahawa Syarikat boleh dari masa ke masa mengubah, meminda, menambah atau memadam atau selainnya mengemas kini Dasar Privasi ini atas budi bicara Kami, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Dalam keadaan sedemikian, Kami akan memaparkan notis nyata di Tapak Web sebelum tarikh kuat kuasa perubahan yang berkenaan. Jika perubahan tersebut adalah tidak konsisten dengan peruntukan Dasar Privasi ini, dan sekiranya diperlukan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan, Kami akan memaklumkan Anda atau memberi peluang kepada Anda untuk membuat keputusan mengeluarkan Data Peribadi Anda.

 

Dikemaskini: Januari 05, 2018
FUJIFILM Corporation